[VIDEO] Najib sahut cabaran debat Rafizi, ajak Anwar
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut cabaran debat bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tetapi perlu disertai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sindiran Ahli Parlimen Pekan itu susulan Rafizi dilapor mencabarnya berdebat mengenai isu syarikat Sapura Energy Bhd (SEB).
“Rafizi nak debat isu Sapura? Boleh. Tapi panggil bos kamu Anwar Ibrahim debat dengan saya. Kamu boleh sama-sama atas pentas untuk debat bersama atau bantu dia.
“Dua lawan satu, tiada masalah.
“Ini seperti kes Azmin cabar debat dengan saya berhubung Felda pada Pilihan Raya Negeri Johor dan saya bersetuju dengan syarat Muhyiddin yang debat dengan saya. Azmin boleh debat bersama atau bantu Muhyiddin,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya Anwar tidak mahu berdebat maka Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil.
“Jika Anwar tak ingin debat dengan saya, Rafizi boleh debat dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil yang merupakan pemenang debat piala Perdana Menteri bagi tahun 1991 manakala Rafizi menang tahun 1992,” ujarnya.
Sementara itu, Rafizi mendakwa bahawa syarat yang diletakkan Najib untuk berdebat dengannya adalah sebagai alasan beliau tidak mahu melibatkan diri.
“Najib sebenarnya takut nak berdebat. Jadi dia cari alasan bagi syarat mintak heret Anwar sekali, sebab dia ingat Presiden PKR pun takut berdebat dengan dia.
“Insya-ALLAH saya sampaikan kepada Anwar dan kita sama-sama tengok alasan dan syarat baru apa pula Najib nak bagi,” katanya dalam satu hantaran di Twitternya pada Ahad.
@NajibRazak sebenarnya takut nak berdebat. Jadi dia cari alasan bagi syarat mintak heret @anwaribrahim sekali, sbb dia ingat Presiden PKR pun takut berdebat dgn dia.
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) April 3, 2022
In Sha Allah saya sampaikan kpd @anwaribrahim & kita sama2 tengok alasan & syarat baru apa pulak Najib nak bg https://t.co/tnrqxm7tMe
@sinarharianonline Bossku dah on tu katanya... #fyp#TikTokNews#BuletinTikTok#TrendingNewsMalaysia#NajibRazak#RafiziRamli original sound Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!